AIR

 BEKALAN AIR

Terdapat tiga (3) meter bekalan air untuk premis Astaka. Dua bekalan untuk kegunaan harian dan satu untuk kegunaan sistem pencegahan kebakaran.

Meter bekalan untuk kegunaan harian adalah :-

1 - Meter 1 terletak dikawasan meletak kenderaan (Motorsikal) berhampiran pondok parkir masuk. Ditandakan dengan nombor didalam pelan.
(nombor Meter : SAJ13E0042M ) no meter ini telah ditukar ke SAJ123E0136M

No account; 90375070M5034526

(80219837-M0219837)

2 - Meter 2 terletak diantara gerai makan bentayan dan Tandas awam berhampiran tangki air utama pasar Maharani. Ditandakan dengan nombor didalam pelan.

(nombor Meter : SAJ13C0500 meternya ditukar ke SAJ22C0412)

No Account ; 90375061M5034517


Meter bekalan untuk kegunaan air sistem pencegahan kebakaran:-

3 - Meter 3 terletak didepan gerai makan bentayan, diantara kawasan parkir dan jalan Salleh. Tidak jauh dari laluan masuk kekawasan parkir. Ditandakan dengan nombor didalam pelan.

(nombor Meter : SAJ13G0064M)

No Account : 90375061M5945597

lokasi meter adalah seperti pelan dibawah.

Gambar ; kedudukan meter 1, 2 dan 3

KAWASAN KEGUNAAN AIR

BEKALAN 1 (meter 1) - untuk kegunaan tandas, tangki tingkat atas (atap), surau dan tingkat bawah (kaunter jualan telur, buah tembikai dan kelapa).

BEKALAN 2 (meter 2) - Untuk kegunaan kaunter ikan, tempat pembungkusan, toilet kecil, Stor penerimaan, Pizzaria (sekarang kaunter jualan pelbagai buah- buahan), Kedai cermin Mata (di tutup) dan penyewa di tingkat bawah (Ng Guan ice cream)

BEKALAN 3 (meter 3) - Untuk kegunaan Tangki Bomba. Disamping itu juga paip air masukan ke tangki juga telah disambungkan (tapping) ke satu pam untuk mengepam air ke tangki 1 dan 2 sekiranya bekalan air dari bekalan meter 1 dan 2 tidak mencukupi. 

LOKASI TANGKI 1 DAN 2 DAN ARAH BEKALAN SALURAN

Gambarajah : kedudukan tangki 1, 2 dan tangki atas bumbung dan sambungan bekalan air

Ketiga-tiga bekalan ini disambungkan untuk memastikan sekiranya bekalan 1 atau 2 terganggu, bekalan 3 akan membekalkan air kepada tangki 1 dan 2 . Bekalan no 3 dijadikan sebagai bekalan sokongan memandangkan kedudukannya yang rendah dan membolehkan air di pam ke tangki 1 dan 2 bila diperlukan. Sekiranya tekanan disini juga didapati rendah, maka tiada lagi sokongan bekalan air dapat diperolehi. 

Kawalan pam ini adalah secara automatik. Kabel telah disambung dari tangki no 1 terus kedepan bilik maintenance. Dari sini kabel ditarik kebilik pam di tingkat bawah (bilik pam bomba). Sekiranya level air di tangki 1 turun, pam akan dihidupkan secara automatik. Pada 06/07/2925 kabel dari panel tangki 2 juga telah kesambungkan ke kabel sedia ada untuk membolehkan pamp air dihidupkan secara automatik.

GAMBARAJAH :LITAR RINGKAS KAWALAN PAM AIR AUTOMATIK




Pengawalan paras air ditangki 1 boleh diperhatikan di hadapan bilik maintenance. Sekiranya lampu panel kuning hidup, menunjukkan pam dibilik bomba ditingkat bawah sedang dihidupkan secara sutomatik. Apabila lampu kuning padam, pam turut dipadamkan. Gambar panel adalah seperti dibawah:-

Gambar : panel level air dihadapan bilik maintenance 

Lampu kuning menayala menandakan level air di tangki 1 rendah dan pam ditingkat bawah dihidupkan ⬇️⬇️⬇️⬇️.


Gambar : panel level air dihadapan bilik maintenance ketika lampu kuning menyala





Sambungan umumnya bekalan air adalah seperti gambarajah dibawah.

Gambarajah : sambungan bekala air diantara meter air dan tangki 1, 2 dan tangki atas bumbung

- Meter 1 membekalkan air ke tangki 1
- Meter 2 membekalkan air ke tangki 2
- Meter 3 menbekalkan air ke tangki bomba dan tangki 1 dan 2 (bila diperlukan)

PANEL 1 DAN TANGKI AIR 1

Dibawah ini akan diterangkan secara lebih detail berkenaan kedudukan kedua-dua tangki yang ada.

Penggantian tangki 1 dan 2 perlu dilakukan disebabkan kerosakan yang sukar untuk diperbaiki. Pilihan memasang tangki baru menjadi satu pilihan. Sebanyak dua tangki berukuran 2000l untuk tangki 1 dipilih untuk menggantikan 4x600 gal tangki sedia ada. Kuantiti asal tangki adalah 4 x 600gal bersamaan 4 x 4 x 600 l iaitu 9600l air diperlukan. Tangki baru hanya berkapasiti 4000 litre air, iaitu hanya separuh dari kegunaan asal.  kemudiannya 3 lagi tangki ditambah diatas bumbung dengan kapasiti sebanyak 6000 litre (3 X 2000l) air. Penambahan ini dibuat disebabkan ubahsuaian dilakukan untuk menampung keperluan air untuk Astaka Cafe. Jumlah keseluruhan kapasiti air adalah sebanyak 10,000l; lebihkurang kuantiti asal tangki 1 iaitu 9,600l air.

kedudukan tangki 1 adalah seperti dibawah, 

Gambar : tangki 1


Kedudukannya adalah didalam stor bahagian bayi (pelekat pakai buang).rajah kedudukan adalah seperti diawah. 

Pelan : kedudukan tsngki 1 dalam pelan





Pintu masuk ke kawasan tangki adalah 

Gambar : pintu masuk kelaluan le tangki 1



Kedudukan tangkinya adalah dihujung jalan store  ini.

Gambar : laluan ke tangki 1

Disebabkan kedudukannya agak kedalam, maka pemantauan paras air dimudahkan dengan panel paras air dibuat dan diletakkan dihadapan bilik maintenance.

Paras ini ini turut "dipantau" oleh litar yang mengawal kemasukan air kedalam tangki dan kawalan pam air dari tangki. 

PANEL 1 DARI DEKAT 
Panel kawalan tangki adalah seperti dinawah

Gambar : panel kawalan tangki/ pam


Seperti di terangkan diawal tadi, panel ini digunakan untuk mengawal paras air tangki, menghdupkan/ mematikan pam untuk bekalan keluar dari tangki dan menghantar signal ke Panel paras air dihadapan bilik maintenance. Pendekata sistem pintar ini akan mengawal keseluruhan operasi Tangki ini.

Air dipam keluar dari tangki ini terus ke lokasi dan juga ketangki di atas bumbung bangunan. Pam yang digunakan berjenama Walrus (model HQ800B) yang boleh mengepam sehingga 30m tinggi air.

Gambar : pam air di tangki 1


Seterusnya, air ke toilet dan cafe diambil daei tingkat atas bumbung. Dua valve disambung ke bekalan ini untuk memastikan jika salah satu bekalan gagal, bekalan dari satu lagi sumber boleh digunakan.

Contohnya, jika tangki atas bumbung tidak dapat digunakan, bekalan air secara terus dari tangki 1 boleh digunakan. Untuk memastikan aliran airnya sentiasa memuaskan, pam air tambahan di letakkan sebelum bekalan ke toilet dan cafe. Keadaan ini telah diterangkan dalam gambarajah sambungan bekalan air dan meter diatas.

SAMBUNGAN BEKALAN BAGI TANGKI 1

PANEL 2 DAN TANGKI 2
Kedudukan tangki air #2




Kedudukan water pamp




Kedudukan panel 2




Sambungan bekalan tangki #2




No comments:

Post a Comment

Search This Blog

air con bermaslah

 date : 10/12/2025 Temperature reading  Date 10/12/2025 Wednesday  Air con problem  A03 - auromatic OFF A06 - OFF A10 - BLINK 2X B03 - BEARI...