BLACK OUT GENERATOR
Trip atau terpelantik melibatkan generator adalah kerosakan mengakibatkan sumber utama bekalan. Ada 4 bekalan utama iaitu
1 - 600A MSB A
2 - 800A MSB B
3 - 100A MSB A (meter 100A diletakkan dalam bilik MSB A)
4 - 100A STORE (meter 109A diletakkan di luar bilik store penerimaan barang - receiving area)
Keempat-empat tempat ini, pendawaiannya di sambung terus ke generator, apabila berlaku failure akan menghidupkan generator secara automatik.
Apabila blackout/kegagalan elektrikal, perlu dipastikan adakah ianya mejlibatkan generator atau tidak. Blackout melibatkan generator menyebabkan generator akan hidup secara automatik. Genset ini disetkan supaya hidup secara automatik dari 9.30am sehingga 10.0pm. Apabila ia hidup melepasi masa tersebut, ianya perlu dimatikan secara manual.
Apabila generator hidup,
perhatikan pada panel generator (seperti dibawah):-
Perhatikan dari kiri ke kanan, terdapat 4 lokasi (zon yang berbeza) iaitu
1 - 600A Pasar Bawah (MSB-A)
2 - 200A MSB-B (bahagian treasury)
3 - 100A MSB-A (meter didalam MSB-A)
4 - 100A STORE (meter diluar store receiving)
Jika salah satu atau lebih dari lampu ini terpadam, secara langsung generator akan dihidupkan secara automatik. Contohnya, jika lampu no 2 (dari kiri) padam; menunjukkan bekalan TNB di bahagian treasury bermasalah. Perlu dilihat keadaan lampu disini dahulu sebelum memastikan kawasan bermasalah. Selesaikan dahulu masalah disini, kebiasaannya change over 200A terpelantik. Apa bila di selesaikan, generator secara automatik akan dimatikan dalam tempoh 20 saat. Sekiranya tidak berlaku penukaran automatik tersebut, tukaran secara manual perlu dilakukan. Akan diterangkan kemudian di hagian change over treasury.
Menyentuh berkenaan change over, seperti berlaku baru-baru ini, keadaan dimana change over bagi MSB-A tidak dapat bertukar secara automatik dan penukaran secara manual tidak dapat dielakkan.
Sekiranya ia berlaku lagi, perhatikan anak panah kuning, menunjukkan kedudukan change over bagi MSB ini.








No comments:
Post a Comment