Terdapat tiga (3) meter bekalan air untuk premis Astaka. Dua bekalan untuk kegunaan harian dan satu untuk kegunaan sistem pencegahan kebakaran.
Meter bekalan untuk kegunaan harian adalah :-
1 - Meter 1 terletak dikawasan meletak kenderaan (Motorsikal) berhampiran pondok parkir masuk. Ditandakan dengan nombor 1 didalam pelan.
(nombor Meter : SAJ13E0042M ) no meter ini telah ditukar ke SAJ123E0136M
No account; 90375070M5034526
(80219837-M0219837)
2 - Meter 2 terletak diantara gerai makan bentayan dan Tandas awam berhampiran tangki air utama pasar Maharani. Ditandakan dengan nombor 2 didalam pelan.
(nombor Meter : SAJ13C0500 meternya ditukar ke SAJ22C0412)
No Account ; 90375061M5034517
3 - Meter 3 terletak didepan gerai makan bentayan, diantara kawasan parkir dan jalan Salleh. Tidak jauh dari laluan masuk kekawasan parkir. Ditandakan dengan nombor 3 didalam pelan.
(nombor Meter : SAJ13G0064M)
No Account : 90375061M5945597
lokasi meter adalah seperti pelan dibawah.
Gambar ; kedudukan meter 1, 2 dan 3
KAWASAN KEGUNAAN AIR
BEKALAN 1 (meter 1) - untuk kegunaan tandas, tangki tingkat atas (atap), surau dan tingkat bawah (kaunter jualan telur, buah tembikai dan kelapa).
BEKALAN 2 (meter 2) - Untuk kegunaan kaunter ikan, tempat pembungkusan, toilet kecil, Stor penerimaan, Pizzaria (sekarang kaunter jualan pelbagai buah- buahan), Kedai cermin Mata (di tutup) dan penyewa di tingkat bawah (Ng Guan ice cream)
BEKALAN 3 (meter 3) - Untuk kegunaan Tangki Bomba. Disamping itu juga paip air masukan ke tangki juga telah disambungkan (tapping) ke satu pam untuk mengepam air ke tangki 1 dan 2 sekiranya bekalan air dari bekalan meter 1 dan 2 tidak mencukupi.
LOKASI TANGKI 1 DAN 2 DAN ARAH BEKALAN SALURAN
Gambarajah : kedudukan tangki 1, 2 dan tangki atas bumbung dan sambungan bekalan air
Ketiga-tiga bekalan ini disambungkan untuk memastikan sekiranya bekalan 1 atau 2 terganggu, bekalan 3 akan membekalkan air kepada tangki 1 dan 2 . Bekalan no 3 dijadikan sebagai bekalan sokongan memandangkan kedudukannya yang rendah dan membolehkan air di pam ke tangki 1 dan 2 bila diperlukan. Sekiranya tekanan disini juga didapati rendah, maka tiada lagi sokongan bekalan air dapat diperolehi.
Kawalan pam ini adalah secara automatik. Kabel telah disambung dari tangki no 1 terus kedepan bilik maintenance. Dari sini kabel ditarik kebilik pam di tingkat bawah (bilik pam bomba). Sekiranya level air di tangki 1 turun, pam akan dihidupkan secara automatik. Pada 06/07/2925 kabel dari panel tangki 2 juga telah kesambungkan ke kabel sedia ada untuk membolehkan pamp air dihidupkan secara automatik.
GAMBARAJAH :LITAR RINGKAS KAWALAN PAM AIR AUTOMATIK
Pengawalan paras air ditangki 1 boleh diperhatikan di hadapan bilik maintenance. Sekiranya lampu panel kuning hidup, menunjukkan pam dibilik bomba ditingkat bawah sedang dihidupkan secara sutomatik. Apabila lampu kuning padam, pam turut dipadamkan. Gambar panel adalah seperti dibawah:-
Gambar : panel level air dihadapan bilik maintenance
PANEL 1 DAN TANGKI AIR 1
Dibawah ini akan diterangkan secara lebih detail berkenaan kedudukan kedua-dua tangki yang ada.
Penggantian tangki 1 dan 2 perlu dilakukan disebabkan kerosakan yang sukar untuk diperbaiki. Pilihan memasang tangki baru menjadi satu pilihan. Sebanyak dua tangki berukuran 2000l untuk tangki 1 dipilih untuk menggantikan 4x600 gal tangki sedia ada. Kuantiti asal tangki adalah 4 x 600gal bersamaan 4 x 4 x 600 l iaitu 9600l air diperlukan. Tangki baru hanya berkapasiti 4000 litre air, iaitu hanya separuh dari kegunaan asal. kemudiannya 3 lagi tangki ditambah diatas bumbung dengan kapasiti sebanyak 6000 litre (3 X 2000l) air. Penambahan ini dibuat disebabkan ubahsuaian dilakukan untuk menampung keperluan air untuk Astaka Cafe. Jumlah keseluruhan kapasiti air adalah sebanyak 10,000l; lebihkurang kuantiti asal tangki 1 iaitu 9,600l air.
kedudukan tangki 1 adalah seperti dibawah,
Gambar : tangki 1





















No comments:
Post a Comment