FIRE EXTINGUSHER
Terdapat dua jenis pemadam api mudah alih yang digunakan di Astaka iaitu jenis serbuk kering (dry powder) seberat 9 kg dan gas karbon dioksida (CO2) seberat 2 kg. Kedua-duanya sesuai untuk digunakan mengikut jenis api yang tertulis padanya. Jenis serbuk kering sesuai untuk api Jenis ABC, sementara CO2 lebih sesuai untuk BC , bagaimanapun ia boleh juga digunakan untuk api jenis A.
Nota : Jenis api
A - pepejal kering seperti kertas, kayu, palstik. (pemadam api sesuai : air, debu kering)
B : Api cecair seperti api minyak, api cat, api varnish. (pemadam api sesuai : buih, debu kering, vaporising liquid)
C : Api wap dan gas seperti butana, propane, oxy acetalane , LPG (pemadam api sesuai :debu kering, vaporising liquid, carbon dioksida (CO2))
Api Elektrik (tidak termasuk dalam kelas api. Ianya boleh dipadamkan dengan debu kering, vaporising liquid, carbon dioksida (CO2)
Setiap silinder alat pemadam api (F/E) mempunyai jangkahayat sehingga 10 tahun. Silinder ini perlu diselenggara (service) setiap tahun dan dikeluarkan sijil pemeriksaan oleh pihak Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Kepada mereka yang tidak biasa/ tidak tahu menggunakannya, boleh melihat cara penggunaannya → klik disini atau disini
Di Astaka, pearalatan in diservice secara berkala setiap tahun oleh MFE Services Sdn Bhd. (Tel : 06-9856988/8709, fax : 06-9859806)
Rekod service F/E bagi Astaka Shopping Centre boeh klik disini →
LOKASI FIRE EXTINGUISHER DI ASTAKA


No comments:
Post a Comment