Untuk memudahkan penyampaian maklumat peomosi dan iklan didalam suatu pasaraya, sistem siaraya (power amp) banyak membantu.00pm
Terdapat dua komponen utama dalam sistem ini iaitu unit penyiaran dan unit penguat audio. Kedua-duanya terletak di tempat berjauhan, di Astaka, jarak keduanya melebihi 150m.
Bahagian penyiaran terletak di tempat senang di capai iaitu berhampiran lift penumpang, sementara bahagian penguat audio terletak di bahagian pejabat, bersebelahan bilik bekalan TNB (MSB-B)
Bahagian penyiaran
Punca bekalan kuasa adalah diambil dari DB B42 (didalam bilik security). Punca bekalan in asalnya adalah untuk kegunaan kaunter hand phone (milik Ah Heng) kemudiannya telah berpindah. Dari sini kabel disambung terus ke tempat letak Unit penyiar di tempat sekarang.
Gambar : punca bekalan kuasa
Bahagian ini terdiri dari 3 input (masukan) dan 1 keluaran (output)
Inputnya terdiri dari ;-
1 - microphone
2 - music box dari Pos Ad
3 - MP3 player
Terdapat juga keluaran (output) untuk speaker luar, tetapi telah lama tidak digunakan.
Disamping itu terdapat satu (1) power mixer dan 1 suis pemasa (timer switch) yang digunakan untuk mengawal masa sistem dihidupkan atau dimatikan.
GAMBAR : kedudukan peralatan bahgian penyiaran
Isnin - khamis : 10.15am - 9.30pm
Jumaat - Ahad : 10.15am - 10.00pm
Set masa adalah mengikut waktu perniagaan iaitu
Isnin - khamis : 10.30am - 9.30pn
Jumaat - Ahad : 10.30am - 10.00pm
perlu diingatkan, sistem siaraya perlu dihidupkan 15 minit lebih awal sebelum perniagaan dibuka. Ianya bertujuan untuk memberikan ruang persediaan kepada para pekerja. Pemasa digital ini boleh diubah jika berlaku perubahan masa perniagaan.
Pemasangan audio "selamat pagi" akan diadakan pada jam 10.15am sehingga 10.30am(15 minit lebih awal dari waktu perniahaan). Audio ini dijanakan oleh MP3 (dibekalkan oleh pejabat) yang dimasukkan pada pemain MP3. Terdapat suis berasingan untuk pemain MP3 ini.
Sebelum perniagaan ditutup (9.30pm atau 10.00pm), 15 minit sebelumya, lagu "selamat malam" dimainkan dengan pemain MP3 yang sama.
lagu "selamat pagi" dan "selamat malam" perlu ditukar secara manual pada pemain MP3.
Pada jam 9.30pm atau 10.30pm, unit ini akan dimatikan secara automatik seperti Setting pada timer.
Kedua-dua player ini (music box dan pemain MP3) sentiasa disambungkan ke power mixer, pilihan penggunaannya hanya dibuat dengan mengubah masukan volumenya sahaja. Begitu juga dengan microphone, penggunaannya boleh dibuat dengan menurunkan volume alatan lain, sebelum volume microphone diubah sesuai kegunaan.
Output dari power mixer dihantar melalui kabel ke penguat audio yang terletak bersebelahan bilik bekalan TNB, 150m jaraknya dari situ.
Penguat audio
GAMBAR : KEDUDUKAN PENGUAT AUDIO DIDALAM BILIK INI
Gambar diatas menunjukkan suis pemotong (elektrik) yang terdiri dari rellay, tapak relay dan kotak putih disebelahhnya. Suis ini walaupun tidak digunakan lagi, ianya masih berfungsi, didalam kotak putih tersebut terdapat seunit telefon yang digunakan untuk tujuan paging.
Dibahagian penguat audio ini; terdapat dua input iaitu ;-
1 - audio dari bahagian penyiaran
2 - audio dari pejabat dengam tujuan untuk membuat pengumuman atau pemberitahuan.
Input 1 adalah terus dari bahagian penyiaran, tetapi ada satu litar pemotong yang dikawal dari pejabat untuk membolehkan audio 2 dari pejabat diutamakan untuk disiarkan. Tetapi disebabkan pejabat sudah berpindah, ciri ini sudah lama tak digunakan, walaupun ianya masih ada disitu.
Bahagian pemguat ini juga mempunyai pemasa (timer) untuk menghidup dan mematikannya. Ini untuk mengelakkan kerosakan peralatan akibat dari berfungsi terlalu lama.
Terdapat dua penguat audio disini yang digunakan untuk mengawal kawasan berlainan. Output dari penguat audio ini adalah 110V. Matching tranformer perlu dipasang pada setiap speaker untuk memastikan ianya dapat menerima signal dari power amp (penguat audi) ini.
Gambar : Antara contoh matching tranformer yang digunakan
Cara program timer (di kawalan sistem music box)
Gambar timer digital model SIMPLEXA 610L.



















No comments:
Post a Comment