TUGASAN MAINTENANCE

  Bahagian ini sedang dalam pembinaan













Jabatan maintenance : Masa kerja, Shift, cuti dan tugasan

Di bahagian ini akan disentuh berkenaan

1 - Masa kerja seorang maintenence di Astaka shopping centre Muar sdn bhd. 

2 - Giliran kerja (shift)  dan waktu rehat.

3 - Permohonan cuti

4 - Tugasan maintenance.

Masa kerja Dept Maintenance

Staff maintenance digalakkan datang awal diwaktu pagi,  memandangkan pintu biasanya dibuka seawal jam 09.30am. Lampu digalakkan dihidupkan (ON) pada waktu tersebut untuk membolehkan staff lain membuat persediaan sebelum perniagaan dibuka, terutamanya bahagian supermarket dan cashier. 

Masa kerja terakhir adalah selepas perniagaan ditutup,  dan maintenance adalah pekerja terakhir yang akan keluar dari premis.

Dari pagi hingga ditutup,  pelbagai tugasan perlu di selesaikan setiap hari.

Sebagai permulaan saya akan menyentuh berkenaan shift (giliran kerja), waktu rehat dan cuti melibatkan  staff maintenance. 

Terdapat 3 shift untuk staf maintenance sila klik dibawah

Shif maintenance 

Contoh ringkasan shift dan waktu rehat

Staf bercuti

Ringkasan cuti

TUGASAN MAINTENANCE 

⁰seterusnya beralih kepada tugasan seorang maintenence di Astaka shopping centre Muar sdn bhd. 

Tugasan maintenance boleh dibahagikan beberapa bahagian

1 - Tugasan harian

2 - Tugasan Mingguan

3 - Tugasan setiap dua (2)  minggu

4 - Tugasan Bulanan

5  - Tugasan setiap 3 bulan 

6 - Tugasan tahunan

7- Tugasan setiap2 tahun 

Semua tugasan tersebut akan dibincangkan dibawah.

Disamping tugasan tersebut, akan terdapat tugasan lain yang perlu diselesaikan mengikut arahan dari masa ke masa. 

1 - Tugasan harian (Routine harian)

OPENING(TUGASAN MASA PEMBUKAAN

Tugasan ini adalah lebih kepada buka (ON) dan tutup (OFF) lampu sebelum dan selepas waktu perniagaan.

Ketika pasaraya dibuka untuk staff masuk (Biasanya bermula sekitar 9.30am) Maintenance bertugas perlu memastikan kerja-kerja dibawah dilakukan.

Untuk melihat kedudukan DB, rujuk peta dibawah

kedudukan DB bagi bekalan A


















DB bagi bekalan B






















Jika tidak mahir kedudukan DB, sila klik dibawah untuk melihat senarai DB secara bertulis.

Klik disini untuk melihat senarai kedudukan DB di Astaka shopping centre Muar sdn bhd

- Seawal jam 09.30 am (setelah pintu dibuka), sila ON suis lampu bertanda merah dibilik security.  DBnya adalah DB B51 (bersebelahan dalam pintu masuk bilik security).

- seterusnya pergi ke suis di  DB B30 dan B40. Sila ON suis bertanda merah Kedua-dua DB tersebut terletak bersebelahan pada tiang sebelah dalam berdekatan pintu bilik maintenance.

-  seterusnya terus pergi ke bahagian elektrikal (DB A20). Hidupkan suis merah (hanya satu (1) suis sahaja perlu di ON). Abaikan jika suisnya telah dihidupkan.

- Kemudiannya terus kebahagian bilik bersebelahan bilik kawalan generator. Pergi ke DB  A10. Hidupkan suis merah sahaja (semua suisnya dibahagian kelompok suis barisan bawah).

- Kemudiannya terus ke bahagian tengah kawasan Canned Food, berhampiran air con B06.  Lihat DB B43 pada tiang berhampiran Hanya terdapat empat (4) suis sahaja  pada DB tersebut. ON keempat-empat (4) suis pada DB tersebut. Abaikan jika ianya telah dihidupkan.

- Akhirnya.. terus kebahagian Cafe untuk menunggu masa untuk tugasan seterusnya. Tunggu sehingga music "GOOD MORNING / SELAMAT PAGI" berbunyi.

Ringkasan Tugasan harian

Ikut arah anak panah seperti dibawah.

Arah perjalanan sebelum music "good morning"


























BILA MUSIC "GOOD MORNING" BERBUNYI

Biasanya sekitar jam 10.15am atau 15 minit sebelum waktu perniagaan.

- Masuk ke bilik masukan utama elektrik (MSB-B) berhampiran bilik treasury. ON semua suis di DB-B10, Kawasan department ini paling awal dimasuki pekerja adalah selepas jam 10.15am.

- Seterusnya pergi ke bilik maintenance dan hidupkan semua suis lampu di DB B51. B30, B40,  B42. Pastikan semuanya telah di ON.

- Seterusnya bergerak ke DBA20 (elektrikal), ON semua suis lampu pada DB tersebut. 

- Akhirnya di DB A10, hidupkan semua suis lampunya.

Setelah selesai, buat pemeriksaan kepada semua lampu untuk memastikan semuanya telah dihidupkan. Periksa kembali lampu dan suis (mengikut tanda pada lampu) sekiranya ada masalah.

Untuk makluman,  sebagai kemudahan, setiap lampu telah dinomborkan. Begitu juga setiap DB. Setiap suisnya telah diberikan nombor tersendiri.

Contohnya nombor pada lampu adalah B40-15. 3 huruf pertamamerujuk kepada nombor DB iaitu DB B40 dan dua nombor terakhir merujuk kepada nombor suis iaitu 15. Sekiranya lampu ini bermasalah,  sila ke DB B40, dan suis no 15 untuk tindakan lanjut.

Setelah semuanya OK, selesai.

Kerja-kerja harian lain..

Kerja harian lain adalah pelbagai dan tak dapat di rencanakan. Kerja biasa adalah seperti dibawah.

- pastikan tiada kerosakan ditempat lain terutamanya berkaitan elektrikal

- Perhatikan juga keadaan siling dan lain-lain perkara jika ada.

- sekiranya boleh dibuat sendiri, teruskan pembaikian sendiri atau rujuk atasan jika perlu.

- Mengambil bacaan meter elektrik bagi MSB-A dan merekodkanya. Ini dilakukan antara jam 7.30pm sehingga 8.30pm. Ini untuk.memastikan bilik incoming MSB-A tersebut  diperiksa setiap hari dan bacaan penggunaannya boleh dipantau dari masa kemasa. 

Contoh : bacaan meter yang telah diambil

Pemeriksaan air con juga perlu dilakukan setiap hari. Maklumkan kepada pihak atasan dan kontraktor jika perlu.

CLOSING (TUGASAN SEMASA PENUTUPAN)

Untuk lokasi DB, lokasi semasa opening perlu diingati, kerana tempatnya adalah sama. Ingati lokasi A10, A20, B10, B42, B43, B51... semuanya ada dalam pelan diatas. Sila rujuk juga kepada lokasi yang diberi dibahagian atas tadi.

Pendekata, penutupan (closing) adalah proses keterbalikan dari tugasan pembukaan (Opening). Kebanyakan tugasnya adalah mematikan (OFF) lampu yang dibuka (ON) pada waktu pagi.

Tugasnya adalah seperti dibawah :-

- Ketika music "GOOD NIGHT / SELAMAT MALAM"dimainkan, bersedia di MSB-B.  Tumpukan perhatian kepada DB B10 (Didalam bilik MSB-B). Matikan lampu 10 minit sebelum masa perniagaan tamat. Biasanya pada jam 09.20pm atau jam 09.50pm (bergantung kepada waktu perniagaan).

- Kemudian bergerak ke DB B43, tutupkan semua suis lampu (ada empat (4) suis sahaja).

- Seterusnya bergerak ke DB A10, bersedia disana. Tunggu sehingga music dimatikan. (Music akan dimatikan secara automatik oleh digital timer). Bila music sudah padam, matikan (OFF) semua suis lampu di DB A10

- Bergerak ke bahagian elekttikal, DBA20. Matikan semua suis di DBA20 ini. Perhatikan juga suis pada tiang pintu store elektrikal, matikan jika ianya masih hidup.

- Akhirnya terus ke DBB51, matikan semua suis kecuali bertanda merah. Perhatikan DBB42. Matikan semua suis lampunya. 

- Terus ke DBB30, matikan semua suis kecuali bertanda merah. Perhatikan cashier, sekiranya telah meninggalkan kaunter, sila tutup semua suis kecuali B30-19.

- Teruskan ke DBB40, tinggalkan suis bertanda merah, matikan yang lain. Seterusnya tunggu sehingga staf juruwang (cashier) keluar.

- setelah mereka (staff cashier) keluar. Matikan semua suis lampu pada B30 dan B40.

- Scan (imbas) muka atau cap jari terlebih dahulu sebelum kembali ke DB B51. Perlu diingat, scanner tidak dapat membaca muka anda dengan baik dalam keadaan gelap.

- setelah selesai semuanya, kembali ke db B51 untuk menutup (OFF) semua suis lampu... dan... BALIK.. GOOD.

ringkasan tugasan OPENING dan CLOSONG, klik di sini

2 - Tugasan Mingguan 

- Menukar masa air con dihidupkan pada setiap hari Isnin dan Jumaat. Perubahan masa ini berdasarkan pertukaran waktu perniagaan semasa. 

Waktu perniagaan Isnin - Khamis : 10.30pm - 9.30pm

Masa air con dihidupkan : 10.30am - 9.00pm 

Waktu perniagaan Jumaat - Ahad : 10.30pm - 10.00pm

Masa air con dihidupkan : 10.30am - 9.30pm

Umumnya air con dihidupkan ketika waktu perniagaam bermula dan ditutup 30 minit sebelum waktu perniagaan berakhir.

Untuk kemudahan dua set remote air con berlainan telah disediakan  untuk masa tersebut. 

3 - Tugasan setiap dua (2) minggu

- Mengikuti kontraktor semburan racun Pest control untuk membuat semburan anti lalat dikawasan sayur, buah, ikan. Rujuk ringkasa mingguan dibawah.

Klik disini Ringkasan tugas mingguan maintenance 

4 - Tugasan Bulanan

- Mengikuti kontraktor semburan racun makhluk perosak (Pest control) untuk membuat semburan anti kutu dikawasan store (Biasanya dibuat waktu malam bersamaan semburan anti lalat)

- Mengikuti kontraktor semburan racun Pest control untuk membuat semburan antilipas tikus dan semut dikawasan store (Biasanya dibuat waktu siang /petang)

- Membuat penukaran/pembersihan alatan anti lalat di seluruh bangunan.  Termasuk kawasan buah, cafe, telur, sayuran dan semua tempat yang dipasang perangkap lalat (Flies trap)

- Mengikuti pemeriksaan dilakukan oleh wakil consultant dari LAJ KEJURUTERAAN untuk pemeriksaan pepasangan elektrik di Astaka shopping centre dan Leong hup corporation. 

Pemeriksaan dan service oleh pihak kontraktor kepada kemudahan lift penumpang dan escalator di kedua-dua bangunan astaka dan leong h

-  bacaan suhu air con di seluruh kawasan jualan

Contoh : rekod bacaan suhu air con yang diambil

- Memastikan pihak TNB dapat membaca meters penggunaan di setiap premis yang ditetapkan. Bacaannya Biasa diambil pada 03 hingga 05 setiap bulan

- Membasuh filter air con (termasuk pemegang/ cover) filter air con

SOP PENCUCIAN FILTER AIRCON 

Contoh ringkasan kerja bulanan

5  - Tugasan setiap 3 bulan 

- Mengikutii pihak kontraktor dalam membuat pemeriksaan dan service alatan pencegahan kebakaran. Ringkasan kerja ini dimasukkan kedalam ringkasan kerja tahunan.

6 - Tugasan Tahunan

- Mengikuti pemeriksaan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBDPM). Ini adalah untuk pembaharuan sijil Bomba yang perlu pemeriksaan setiap tahun.

- Mengikuti pemeriksaan dilakukan oleh pihak JKKP kepada Lift, Escalator dan GOODS HOIST.

- Menyiapkan alatan pemadam api  jenis ABC (Fire Extinguisher) untuk tujuan selenggaraan oleh pihak kontraktor. 

7 - Tugasan setiap dua (2) tahun.

- Memastikan pepasangan elektrik di Astaka shopping centre dan Leong Hup Coorporation di uji setiap dua tahun sekali. Ini dilakukan dengan memanggil pihak contractor untuk memanggil penguji bertuliah untuk melakukan pengujian seperti OC dan EF di setiap pepasangan utama. 

Ringkasan kerja tahunan klik disini

Kerja-kerja lain adalah pelbagai dan tak dapat di rencanakan. Keadaan  kerja tambahan Biasanya adalah mengikut keperluan semasa. Jika ianya dapat diselesaikan sendiri, teruskan. Bagi kerja-kerja yang tidak dapat di selesaikan, maklumkan kepada pihak atasan. 

Sekian sahaja tugasan secara ringkas sebagai MAINTENANCE di Astaka Shopping Centre (Muar) sdn bhd. 

Disediakan oleh 

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

air con bermaslah 2026

Tarikh hantar : 00/00/26 Tarikh pemeriksaan : 00 /00/2026 Aircon number, date problem V04 (VEGE/ FISH) 04/04/26 (OFF) MCB TRIP A01 OFF MCB ...