Wednesday, September 3, 2025

ASC AIR CON- FILTER AIRCON CUCI SOP

PENCUCIAN FILTER AIR CON

Arah laluan pencucian filter air con

Untuk memastikan arah pencucian tersusun, arah laluan pencucian di tetapkan. Dimana walkway tengah dijadikan sempadan. Bagi air con dilaluan tengah, hendaklah dimasukkan  kedalam jadual air con disebelah kanan

Gambar : laluan tengah (garisan hitam) dijadikan sempadan 




Gambar : arah laluan pencucian filter air con

Gunakan arah dianak panah untuk arah pencucian. 

Contoh kerja (diatas) dibuat dan penandaan. Dapat dilihat, dimulai  dari kawasan sayur dan dibawa sehingga ke kawasan playground dan cafe.  Kemudiannya akan disambung bahagian bayi dan children. Kemudiannya disambung terus sehingga kawasan buah, elektrikal dan berakhir di kawasan beras

Contoh (dibawah) penandaan air con yang telah dibersihkan filternya.

Dalam gambar diatas, filter air con yang telah disiap, ditandakan / sementara air con rosak yang tidak dicuci filternya ditandakan X.

Jenis pam digunakan dan sela masa pencucian

Untuk pengetahuan, filter air con dijadualkan untuk dibersihkan setiap 3 atau 4 minggu sekali (mengikut masa yang ada). 

Mesin digunakan adalah dari jenis Comet  x-Star yang boleh menghasilkan tekanan air sekitar 100psi. Gambar pam adalah seperti dibawah. 


Data plate pam ini seperti dibawah


Kelebihan pam.ini, disamping tekanan air yang bagus (100psi) ianya juga boleh beroperasi beberapa jam (non-stop) tanpa perlu direhatkan. Dalam kes kami, ianya memerlukan masa sekurang-kurangnya 30 minit non-stop untuk setiap fasa pencucian.

Penanggalan filter air dari penutup.

Jenis 1 - Daikin/York/Acson (model lama)


Perhatikan kedudukan cangkuk. Terdapat di kedua-dua belah, tekan kebawah untuk melepaskannya. Setelah itu filter boleh ditarik keluar.

2 . DAIKIN Model Baru


Perhatikan cangkuk bewarna putih. Terdapat dua cangkuk pada setiap penutup. Tekan cangkuk putih keluar dan tarik bonggol hitam pada filter. Kedudukan bonggol ini bersebelahan cangkuk putih tersebut.  Lepaskan keduanya dan filter boleh ditarik keluar.

3 - MITSUBISHI 


Perhatikan cangkuk hitam yang melekat pada penutup air con. Tarik penutup hitam sedikit keluar untuk melepaskan cangkuk dan filter boleh ditarik keluar

 Setiap penutup ada 2 cangkuk ini

Mencuci filter air con

Filter air con akan diambil menggunakan trolley customer (troli kegunaan pelanggan). Setiap troli boleh memuatkan 12 ke 14 unit filter, bergantung kepada jenis filtre. Kebiasaannya 12 unit filter (jenis baru) diangkut dalam satu-satu masa. 

Pencucian juga dibuat berdasarkan bilangan filter yang boleh diangkut. Atau dengan kata lain, satu trolley satu pusingan.

Gambar : filter disusun berhampiran tempat pencucian


Letakkan filter dengan menghala filter arah ke depan seperti gambar. Semasa mencuci psstikan juga ianya diletakkan  dalam keadaan mengikut garis menegak pada filter (gambar dibawah)

Gambar : kedudukan arah filter semasa mencuci (dalam arah menegak)




















Tembak tegak ke filter tersebut. Arah tembakan air adalah berlawanan dengan arah angin masuk pada air con. Gunakan pancuran halus dan sedikit kembang. Jarak nozzle dan filter adalah sekitar 3" (sekitar 75mm).

Gambar : tembakan secara menegak dan agsk rapat ke filter ( sekitar 3")




















Setelah selesai, pusingkan filter dalam arah berlawanan. Kemudiannya sembur dengan agak perlahan dari atas ke bawah dan kanan ke kiri untuk memastikan habuk yang melekat dapat di sembur keluar dari filter.  Kedudukan penyembur adalah dalam keadaan kebawah.

Gambar : semburan dari atas kebawah di permukaan sebaliknya


Setelah selesai, ambil penutup dan susun dengan arah angin masuk menghala ke depan. Sembur dengan keadaan senget dari kiri kenan, untuk nenastikan sebahagian penutup disembur (seperti gambar). Sembur dicelah mana yang perlu untuk hilangkan habuk. Gunakan saiz air dan jarak yang sama seperti semburan untuk filter




















Setelah selesai ,ubah arah penegang filter dengan mengkadapkan arah angin keluar kearan pencuci. Ulang semburan dengan keadaan senget, dan sembur kebahagian celah yang tersembunyi. 

Setelah selesai, letak kepingan dalam keadaan menegak keatas. Bahagian jaluran menegak, bagi kedua-dua filter dan pemegang. Ini untuk memastikan lebihan air akan mengalir keluar dengan lebih mudah.

Gambar : susun filter sudah dicuci di tempatnya untuk mudahkan air keluar

7



















Gambar : contoh susunan filter




































Kemudiannya pasangkan kembali filter kepada pemegangnya.

Gambat : filter yang sudah dipasangkan



Untuk memudahkan pemasangan, pasang kembali filter kepada penutup dan letak kedalam trolley.

Gambar : filter yang dipasang dan disusun dalam trolley






















Sebelum meninggalkan kawasan pencucian, PASTIKAN 

- mesin di matikan

- paip air di tutup 

Sediakan juga satu (1) helai kain basah kecil untuk mengelap habuk pada air semasa pemasangan kembali filter air con.


.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

air con bermaslah 2026

Tarikh hantar : 00/00/26 Tarikh pemeriksaan : 00 /00/2026 Aircon number, date problem V04 (VEGE/ FISH) 04/04/26 (OFF) MCB TRIP A01 OFF MCB ...