BLACKOUT MELIBATKAN GENERATOR SET
Trip atau terpelantik melibatkan generator adalah kerosakan mengakibatkan sumber utama bekalan. Ada 4 bekalan utama iaitu
1 - 600A MSB A
2 - 800A MSB B
3 - 100A MSB A (meter 100A diletakkan dalam bilik MSB A)
4 - 100A STORE (meter 109A diletakkan di luar bilik store penerimaan barang - receiving area)
Keempat-empat tempat ini, pendawaiannya di sambung terus ke generator, apabila berlaku failure akan menghidupkan generator secara automatik.
Apabila blackout/kegagalan elektrikal, perlu dipastikan adakah ianya mejlibatkan generator atau tidak. Blackout melibatkan generator menyebabkan generator akan hidup secara automatik. Genset ini disetkan supaya hidup secara automatik dari 9.30am sehingga 10.0pm. Apabila ia hidup melepasi masa tersebut, ianya perlu dimatikan secara manual.
Apabila generator hidup,
perhatikan pada panel generator (seperti dibawah):-
Perhatikan dari kiri ke kanan, terdapat 4 lokasi (zon yang berbeza) iaitu
1 - 600A Pasar Bawah (MSB-A)
2 - 200A MSB-B (bahagian treasury)
3 - 100A MSB-A (meter didalam MSB-A)
4 - 100A STORE (meter diluar store receiving)
Jika salah satu atau lebih dari lampu ini terpadam, secara langsung generator akan dihidupkan secara automatik. Contohnya, jika lampu no 2 (dari kiri) padam; menunjukkan bekalan TNB di bahagian treasury bermasalah. Perlu dilihat keadaan lampu disini dahulu sebelum memastikan kawasan bermasalah. Selesaikan dahulu masalah disini, kebiasaannya change over 200A terpelantik. Apa bila di selesaikan, generator secara automatik akan dimatikan dalam tempoh 20 saat. Sekiranya tidak berlaku penukaran automatik tersebut, tukaran secara manual perlu dilakukan. Akan diterangkan kemudian di hagian change over treasury.
Menyentuh berkenaan change over, seperti berlaku baru-baru ini, keadaan dimana change over bagi MSB-A tidak dapat bertukar secara automatik dan penukaran secara manual tidak dapat dielakkan.
Sekiranya ia berlaku lagi, perhatikan anak panah kuning, menunjukkan kedudukan change over bagi MSB ini.
BLACKOUT BIASA TIDAK MELIBATKAN GENERATOR
Jika blackout /berlaku failure kepada satu-satu alatan. Perhatikan dahulu pada suis bekalannya.
1 -Periksa keadaan suis. Jika suis elok, periksa bekalan dialatan tersebut. Dapatkan bacaan neutral/live. Jika normal, kemungkanan alatan tersebut rosak
Jika pada suis tiada bekalan,
2 - periksa bekalan pada ELCB dan MCCB.
3 - Keluarkan kabel kuasa keluar dari ELCB tersebut. Masukkan kabel neutral sahaja dan test jika ada trip. Jika ada, kabel neutral bermasalah
4 - Masukkan kembali kabel keluar dari ELCk tersebut , dan setelah itu cuba reset kembali satu persatu MCB, jika terdapat MCB trip, asingkan MCB tersebut.
5 - perlu diingatkan, tidak digalakkan membuat pemeriksaan dengan mencabut kabel neutral dari MCCB. AMAT MERBAHAYA
Begitu juga pada MCCB. Kerosakan pada MCCB jarang berlaku, melainkan dimasuki air. Cabutkan kabel keluar dari MCCB, Jika ada trip, tukar dengan MCCB lain. Perlu berhati dengan test sebegini, kemungkinan berlaku letupan adalah pasti.
Jika pada MCCB tiada voltage (mungkin salah satu kabel tiada kuasa). Terus periksa main incoming seperti meter 3 fasa dari TNB atau change over pada sistem menggunakan MSB. Masalah ini melibatkan main incoming ke MCCB tersebut, perlu hati-hati.
Dibawah ini adalah flowchart pemeriksaan sebagai panduan.












No comments:
Post a Comment