Thursday, May 1, 2025

HB ASTAKA - SAMBUNGAN INTERNET ke MUSIC BOX DAN BILIK MAINENANCE

Sambungan Internet banyak digunakan dalam premis astaka. Termasuklah juga dalam sistem Power Amp (music box) yang dibekalkan oleh Pos Ad. Sambungan Internet diperlukan untuk mengemaskini senarai lagu yang dihantar oleh pos ad kemusic box di Astaka

Setelah kemaskini dapat dilakukan  music box akan terus mempermainkan lagu terbaru yang telah di muat turun. Memuat turun ini memerlukan sambungan Internet yang stabil melalui sistem WiFi diantara music box dan Pos Ad.

Sambungan ke wifi untuk ke music box adalah pada suis port 19. Sekiranya berlaku gangguan ke wifi dari Internet suis, sambungan pada suis ini perlu diperhatikan

Sambungan ke bilik maintenance 

Sebelum.itu, saya nak menyentuh sambungan internet ke bilik maintenance. Satu kabel CAT6 dengan nombor 5 disediakan dan disambungkan kepada port suis no 9. Sekiranya berlaku masalah sambungan, sambungan pada port 9 dan kabel no 5 perlu diperhatikan.

Gambar : cable #5



Gambar : port # 9

Sambungan Internet ke music box

Kedudukan wifi suis ke music box.

Kedudukan suis no 19. Oleh kerana gambar kurang jelas, dibawah gambar ini ditunjukkan dengan anak panah.


Kedudukan suis (port) 19.


Kedudukan kabel ke port suis 19... kabel no 22

Kedudukan wifi ke music box


Gambar lebih dekat.


Untuk memastikan suis ini berfungsi dengan baik, perhatikan lampu yang bertanda anak panah kuning. Ketiga-tiga lampu yang ditanda mesti menyala, menandakan ianya berfungsi dengan baik.


Perhatikan juga masa/waktu pada music box dan masa/waktu pada timer di controller.

Masa pada music box. Perhatikan format waktunya 12H.

Masa pada timer format waktunya 24H.

Dapat dilihat diatas, masa dikedua-dua alatan tersebut tidak jauh berbeza, menunjukkan music box sentiasa "updated" dengan wifi. Sekiranya masa/waktu berlainan, maka akan berlaku masalah jika update dilakukan.

Untuk menguji sambungan internet, cabutkan soket power (kuasa) supply ke sistem music box, lebih kurang 30 saat, masukkan kembali soket (kuasa) power tersebut. Perhatikan sistem akaan "boot" sebentar, kemudian masanya akan menunjukkan ke waktu semasa, contohnya jika waktu sekarang 1.40pm, ia akan menujukkan masa tersebut

Jika yang ditunjukkan adalah 8.00am, menunjukkan tiada ssmbungan Internet ke music box dari wifi terdekat. 

Ini perlu diperbetulkan untuk memastikan ianya sentiasa mudah untuk dikemaskini (update) secara automatik. 



.. kembali ke menu utama




No comments:

Post a Comment

Search This Blog

air con bermaslah

 date : 10/12/2025 Temperature reading  Date 10/12/2025 Wednesday  Air con problem  A03 - auromatic OFF A06 - OFF A10 - BLINK 2X B03 - BEARI...