Thursday, May 8, 2025

HB ASTAKA - POWER AMP

Untuk memudahkan penyampaian maklumat peomosi dan iklan didalam suatu pasaraya, sistem siaraya (power amp) banyak membantu.

Terdapat dua komponen utama dalam sistem ini iaitu unit penyiaran dan unit penguat audio. Kedua-duanya terletak di tempat berjauhan, di Astaka, jarak keduanya melebihi 150m. 

Bahagian penyiaran terletak di tempat senang di capai iaitu berhampiran lift penumpang, sementara bahagian penguat audio terletak di bahagian pejabat, bersebelahan bilik bekalan TNB (MSB-B)

 Gambarajah: kedudukan unit penyiran dan penguat audio

Bahagian penyiaran

Punca bekalan kuasa adalah diambil dari DB B42 (didalam bilik security). Punca bekalan in asalnya adalah untuk kegunaan kaunter hand phone (milik Ah Heng) kemudiannya telah berpindah. Dari sini kabel disambung terus ke tempat letak Unit penyiar di tempat sekarang.

Gambar : punca bekalan kuasa


Bahagian ini terdiri dari 3 input (masukan) dan 1 keluaran (output)

Inputnya terdiri dari ;-

1 - microphone 

2 - music box dari Pos Ad

3 - MP3 player

Terdapat juga keluaran (output) untuk speaker luar, tetapi telah lama tidak digunakan.

Disamping itu terdapat satu (1) power mixer dan 1 suis pemasa (timer switch) yang digunakan untuk mengawal masa sistem dihidupkan atau dimatikan.


GAMBAR : kedudukan peralatan bahgian penyiaran


gambar : timer, music box, MP3 player


gambar : Power mixer, microphone


gambarajah : secara kasar sambungan diantara alatan adalah seperti dibawah

Oleh kerana siatem ini menggunakan sistem internet, sambungan Internet  ke music Box boleh dirujuk disini --->> KLIK SINI

Cara untuk setting masa adalah :-

Isnin - khamis : 10.15am - 9.30pm

Jumaat - Ahad : 10.15am - 10.00pm

Set masa adalah mengikut waktu perniagaan iaitu 

Isnin - khamis : 10.30am - 9.30pn

Jumaat - Ahad : 10.30am - 10.00pm

perlu diingatkan, sistem siaraya perlu dihidupkan 15 minit lebih awal sebelum perniagaan dibuka. Ianya bertujuan untuk memberikan ruang persediaan kepada para pekerja. Pemasa digital ini boleh diubah jika berlaku perubahan masa perniagaan. 

Pemasangan audio "selamat pagi" akan diadakan pada jam 10.15am sehingga 10.30am(15 minit lebih awal dari waktu perniahaan). Audio ini dijanakan oleh MP3 (dibekalkan oleh pejabat) yang dimasukkan pada pemain MP3. Terdapat suis berasingan untuk pemain MP3 ini.

Sebelum perniagaan ditutup (9.30pm atau 10.00pm), 15 minit sebelumya, lagu "selamat malam" dimainkan dengan pemain MP3 yang sama. 

lagu "selamat pagi" dan "selamat malam" perlu ditukar secara manual pada pemain MP3.

Pada jam 9.30pm atau 10.30pm, unit ini akan dimatikan secara automatik seperti Setting pada timer.

Kedua-dua player ini (music box dan pemain MP3) sentiasa disambungkan ke power mixer, pilihan penggunaannya hanya dibuat dengan mengubah masukan volumenya sahaja. Begitu juga dengan microphone, penggunaannya boleh dibuat dengan menurunkan volume alatan lain, sebelum volume microphone diubah sesuai kegunaan.

Output dari power mixer dihantar melalui kabel ke penguat audio yang terletak bersebelahan bilik bekalan TNB, 150m jaraknya dari situ.

Penguat audio

GAMBAR : KEDUDUKAN PENGUAT AUDIO DIDALAM BILIK INI


GAMBAR : KEDUDUKAN PENGUAT AUDIO DIDALAM PETI, BERKONGSI PETI DENGAN EDP


GAMBAR : DUA POWER AMP MENGAWAL TEMPAT BERLAINAN


GAMBAR : POWER SUPPLY KE PENGUAT AUDIO BESERTA TIMER 24 JAM


GAMBAR : SAMBUNGAN POWER SUPPLY UNTUK PENGUAT AUDIO YANG DIKAWAL TIMER


gambarajah : sambungan di penguat audio


Gambar : suis pemotong yang dikawal dari pejabat 


Gambar diatas menunjukkan suis pemotong (elektrik) yang terdiri dari rellay, tapak relay dan kotak putih disebelahhnya. Suis ini walaupun tidak digunakan lagi, ianya masih berfungsi, didalam kotak putih tersebut terdapat seunit telefon yang digunakan untuk tujuan paging.

Dibahagian penguat audio ini; terdapat dua input iaitu ;-

1 - audio dari bahagian penyiaran

2 - audio dari pejabat dengam tujuan untuk membuat pengumuman atau pemberitahuan.

Input 1 adalah terus dari bahagian penyiaran, tetapi ada satu litar pemotong yang dikawal dari pejabat untuk membolehkan audio 2 dari pejabat diutamakan untuk disiarkan. Tetapi disebabkan pejabat sudah berpindah, ciri ini sudah lama tak digunakan, walaupun ianya masih ada disitu.

Bahagian pemguat ini juga mempunyai pemasa (timer) untuk menghidup dan mematikannya. Ini untuk mengelakkan kerosakan peralatan akibat dari berfungsi terlalu lama.

Terdapat dua penguat audio disini yang digunakan untuk mengawal kawasan berlainan. Output dari penguat audio ini adalah 110V. Matching tranformer perlu dipasang pada setiap speaker untuk memastikan ianya dapat menerima signal dari power amp (penguat audi) ini. 

Gambar : Antara contoh matching tranformer yang digunakan 


gambar : speaker yang diengkapi matching transformer 



Cara program timer (di kawalan sistem music box)

Gambar timer digital model SIMPLEXA 610L.




Gambar : manual timer simplexa 610L




Sebelum timer dapat di program, tarikh dan waktu semasa perlu disetkan terlebih dahulu.

Untuk Setting masa dan tarikh 
(contoh tarikh : 2025 05 11)
- tekan " menu" sehingga lambang jam, bekelip
- tekan OK angka tahun akan berkelip. gunakan < > untuk menugubah tahun. contohnya ubah ke tahun 2025
- tekan OK angka bulan akan berkelip. tekan < > untuk mengubah, ubah ke angka 05
- tekan OK angka tarikh akan berkelip. gunakan < > untuk mengubah. ubah 11
- tekan OK angka jam akan masuk untuk ubah masa gunakan < > untuk mengubah. ubah masa
- tekan OK angka minit akan berkelip. gunakan < > untuk mengubah.
- tekan OK.. tarikh dan masa sudah berjaya diubah.

Program timer ON/OFF

Contohnya : -

Isnin hingga khamis, 
on --------- > 10.15am 
Off ------->>  09.30pm.

Sebelum proses program dibuat, pastikan masa dan tarikh semasa telah diubah terlebih dahulu. Sementara itu kita akan setkan day 1 adalah hari isnin sehingga day 7 adalah hari ahad.

Setting ini adalah untuk kegunaan audio di astaka sahaja.

Contohnya untuk set hari isnin. Ambil prrhatian, hari yang dibuat setting adalah pada hari isnin.

1 - Tekan butang "menu" dan tanda "prog" akan berkelip disisi kiri atas. Nombor program ON akan keluar , contohnya 01 ON akan berkelip dipaparan. 01 adalah nombor program, sementara ON adalah suis dihidupkan. Tekan < atau > untuk mengubah atau jika tiada perubahan, tekan OK jika selesai. 
2 - masa JAM akan berkelip. Ubah dengan < atau >. Teruskan tekan OK jika tiada atau selepas ada perubahan. Ubah kepada jam 10. Dan tekan Ok 
3 -  masa MINIT akan berkelip. Ubah dengan < atau >. Teruskan tekan OK jika tiada atau selepas ada perubahan. Ubah kepada 15. Disini kita telah mengubah kepada jam 10.15.
4 - Paparan day akan keluar, biasanya 1, Ubah dengan < atau >. Teruskan tekan OK jika tiada atau selepas ada perubahan. Setkan hari yang kita hendak, contohnya hari  dan tarikh semasa adalah isnin, nombor 1 adalah isnin. Pastikan nombornya adalah 1 jika berlainan, ubahjan kepada 1.
5 - selepas di tekan OK, langkah seterusnya akan kembali ke langkah 1, cuma nombor program akan berubah menjadi nombor 01 program OFF, contohnya 01 OFF. OFF disini menujukkan timer akan matikan suis pada jam yang telah di setkan  Langkah sama diulang sehingga ke hari ke 7 (day  - langkah 4). Ubah masa mati ke 21.30 (09.30pm) dan day tetap 1. Secara asasnya, masa ON telah diubah kepada 10.15am dan masa OFF telah diubah kemasa 09.30pm .

Ulang untuk program hari yang lain.

Ringkasannya adalah:-
Menu -> "prog"+ " no prog ON" <>1
Ok -> jam ON + <> 10
Ok -> minit ON + <> 15
Ok -> day (contohnya day 1) + <> 1
Ok -> "no prog OFF" + <> 1
Ok -> jam ON + <> 21 
Ok -> minit ON + <> 30
Ok -> day (contohnya day 1) + <> 1

Ulang untuk hari lain, sehingga hari ke 7.
Jika semua program selesai, tekan kembali butang MENU

Selesai....




 

---------->> kembali ke laman utama




No comments:

Post a Comment

Search This Blog

air con bermaslah

 date : 10/12/2025 Temperature reading  Date 10/12/2025 Wednesday  Air con problem  A03 - auromatic OFF A06 - OFF A10 - BLINK 2X B03 - BEARI...