KEDUDUKAN LAMPU DAN AIR CON MENGIKUT LOKASI SILING (KLIK LINK DIBAWAH)
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1Pu8p-ddEFMWTKqr-R7bTESyl4GReRKO7HUwid2GBRl0/edit?usp=drivesdk
ASAS AIR CON
P

Gambar diatas adalah gambar asas rekabentuk air conditioning yang biasa dibuat (perbezaan jenis inverter adalah dari lawalan kelajuan kompressor yang berubah mengikut keperluan)
Secara asas, terdapat empat (4) komponen yang digunakan didalamnya. Reka bentuk asas ini juga digunakan dalam pembentukan sistem sejukbeku yang lain lain iaitu Chiller dan freezer.
Komponen yang membentuk seunit air conditioning adalah;-
- Compressor (pemampat)
- Condensor (Pemeluwap)
- Capillaries tube (tiub rerambut)
- Evaporator (Penyejat)
Dan paling penting jenis gas digunakan. Sama ada jenis R22, R12, R410a R32 dan pekbagai jenis lagi.
Dalam sistem air conditioning, perjalanan gas dalam sistem melalui pelbagai peringkat menjadikan angin yang keluar di peringkat akhirnya menjadi sejuk. Arah perjalan gas adalah :-
Perjalanan gas (sila perhatikan gambar diatas)
Gas bertekanan rendah ditarik masuk dan dimampatkan oleh Compressor (Pemampat) menghasilkan gas bertekanan tinggi.
Gas ini akan disalurkan ke Pemeluwap (Condensor) . Disini Gas bertekanan tinggi akan bertukar ke cecair bertekanan tinggi. (bilah dan kipas) digunakan untuk penyejukan gas. Disini gas bertekanan tinggi ditukarkan ke cecair bertekanan tinggi.
Cdecau ini seterusnya akan dimasukkan ke tiub rerambut (capillary tube). Disebabkan melalui laluan sempit dan kembali ke laluan besar , secara lansung cecair bertekanan tinggi ini akan dipaksa menurun dan dengan kata lain, tekanan cecair selepas tiub ini sudah menjadi rendah. Penurunan tekanan ini menyebabkan gas menyerap haba dari luar untuk kembali stabil.
Cecair bertekanan rendah ini akan memasukki ruang penyejat (Evaprator). Luas permukaan yang besar (permukaan bilah pada penyejat dan dengan bantuan kipas), membolehkan lebih banyak haba dari luar dapat diserap kepada gas yang melaluinya.
Seterusnya gas bertekanan rendah ini akan disedut kembali ke Pemampat (Compressor) dan Proses ini diulang secara berterusan.
Gambarajah diatas adalah gambarah secara umum keperluan haba dalam menukar keadaan gas didalam sistem air con
Misalnya :-
GAS -》 CECAIR (PEMELUWAP/ CONDENSOR) haba dibebaskan
Kondenser ialah penukar haba yang menukarkan bahan gas kepada cecair dengan menyejukkannya, digunakan secara meluas dalam sistem HVAC, loji kuasa dan pemprosesan kimia. Unit AC luaran, yang sering dipanggil kondenser, menyingkirkan haba daripada gas penyejuk, mengubahnya menjadi cecair. Jenis biasa termasuk model penyejuk udara, penyejuk air dan penyejatan.
Proses eksotermik ialah tindak balas kimia atau perubahan fizikal yang membebaskan tenaga (biasanya haba, cahaya, atau bunyi) dari sistem ke persekitaran
Secara asasnya, berbalik kepada keadaan biasa, haba perlu dibebaskan oleh gas untuk menukarnya kepada cecair. Atau dengan kata lain haba perlu dibuang oleh gas untuk menjadi cecair. Proses endothermic.
Kita lihat proses di PEMELUWAP (CONDENSOR). Dimana proses penukaran cgas bertekan tinggi ditukar kepada cecair bertekanan tinggi. Atau dengan kata lain CECAIR =》 GAS berlaku. Penukaran ini pastinya memerlukan haba untuk dibuang. Haba ini dibuang ke angin yang melalui Pemeluwap (Condensor) tetsebut. Angin biasa masuk, habanya diserap dan angin panas dikeluarkan.
GAS =》 CECAIR (PENYEJAT / EVAPORATOR) haba diserap.
Penyejat ialah komponen penukar haba dalam penyejukan, penyaman udara dan sistem perindustrian yang mengewapkan bahan pendingin cecair dengan menyerap haba dari persekitarannya, menyejukkan udara atau cecair yang bersentuhan dengannya dengan berkesan. Ia berfungsi dengan mengurangkan tekanan bahan pendingin, membolehkannya mendidih pada suhu rendah dan mengubahnya daripada cecair kepada gas untuk membawa haba keluar dari ruang.
(Proses endotermik ialah tindak balas kimia atau perubahan fizikal yang menyerap tenaga haba dari persekitaran ke dalam sistem)
Berlainan pula di bahagian penyejat (Evaprator). Untuk menukarkan cecair bertekanan rendah ke gas bertekanan rendah, haba perlu disetap.. Penyeraoan haba ini dilakukan dipemeluap (Evaprator) Dimana gas sejuk dilalukan melalui bilah pada pemeluwap (Evaprator), dengam bantuan kipas haba diserap dari udara. Angin yang masuk ke Pemeluwap ini akan diserap habanya, secara langsung angin sejuk akan keluar dari bilah Pemeluwap (Evapprator)
Tiub kapilari aircond ialah tiub tembaga berdiameter sangat kecil yang berfungsi sebagai peranti pemekat (throttling device) untuk menukar bahan pendingin (refrigerant) tekanan tinggi kepada tekanan rendah. Ia penting untuk penyejukan, dan jika tersumbat oleh kotoran/minyak, aircond akan kurang sejuk, membeku (frost), atau overload
Sementara suhu ditiub kapilari (Capillaries tube) tetdiri dari 2 bahagian. Bahagian paip masuk sekitar 50C sementara papip keluar, mencapai tahap beku. Jarak antara condensor dan tiub kapilari ini boleh menurunkan temperature sehingga ke 30C. Antara nama lain yang digunakan kepada kapilari tiub Ini adalah tiub orifice (orifice tube) dan expansion valve (injap pengembang). Fungsi yang sama, sedikit perbezaan cara kerja. Atau dengan kata lain proses penyajukan sebenar bermula dari sini ( kapilari tiub dan alatan seumpamanya)
Gambar : expansion valve
Itulah sebabnya kenapa outdoor unit panas dan indoor unit sejuk.
Masalah biasa yang dihadapi pemilik sir conditioning
biasanya berpunca daripada penapis kotor, kebocoran gas penyejuk, atau kerosakan komponen seperti kompresor dan termostat
Suhu tak sejuk
Ada yang mengatakan masalahnya biasanya berpunca dari kekurangan gas. Ya itu salah satu penyebabnya. Penyebab lain, indoor dan outdoor coil motor.masalah coil sensor yang gagal memberi maklumat tepat kepada PC board. Itu antaranya.
Kurang gas sudah semestinya. Bila gas tak cukup akan menyebabkan kompressor menjadi panas, dalam keadaan tertentu, kompressor boleh mati secara automaik. Secara langsung proses penyejukan terhenti... dan angin panas yang skan bertiup. Perlu diingat , pada pendawaian dalam kompressor ada sistem pemutus uang akan memutuskam bekalan ke kompressor apabila panas melebihi had dibenarkan. Biasa penyambungan semula di lakukan setwlah lebih dari 1 jam.
Indoor coil dan outdoor coil motor. Penyebab panas. Ya... bila coil motor, di bahagian indoor, penyejukan (proses penyerapan) haba menjadi lambat. Secara kangsung mempengaruhi kecepatan penyejukan. Sementara bagi outdoor pula, proses penukaran ceciar kepada gas turut menjadi lambat. Menpengaruhi suhu gas yang sampai ke indoor. Kerosakan lain... kerosakan pada expansion valve, sudah jelas mempengaruhi, walaupun kurang terjadi.
No comments:
Post a Comment