Saturday, May 24, 2025

Maklumat penulis


Nama : M Shakri Abdullah 
email : lee6808.msa@gmail.com

Mula bekhidmat : 

1 : julai 1998 ~ 2010

2 : 2010 ~ kini

Penulis telah berkhidmat sejak bulan julai 1998 sehingga 2010. Pada tahun 2010 penulis menarik diri dari Astaka untuk pulang kekampung. Beberapa bulan kemudiannya, penulis kembali ke Muar dan dipanggil serta ditawarkan untuk mengambil kembali posisi lama. Dari tarikh itu penulis terus berkhidmat sehingga kini.

Sebelum menyertai Astaka, pada tahun 1998, (1993~1995) penulis pernah berkhidmat dengan Orintal Hitachi Construction Machinery Sdn Bhd dan kemudiannya dengan Care Food industries sdn bhd (1994~1997). Kedua-duanya terletak di Selangor. Ditempat tersebut penulis lebih banyak melibatkan diri dalam bidang teknikal  terutamanya ketika bersama OHCM. Ini termasuklah sistem enjin, terutamanya diesel dan sistem hydraulic. Sementara di Care Food industries, penulis banyak terlibat  dalam bidang pengurusan dan mesin pembuatan makanan.

Pada hujung tahun 1997 beliau telah berhijrah ke Muar dan menyertai Astaka dibahagian Maintenance. 

Sebagai Maintenance pelbagai kerja-kerja projek yang telah berjaya dibuat. Antaranya :-

-  pemasangan pam air automatik untuk bahagian pejabat.

- pemasangan pam air automatik untuk lot sewaan

- mereka bentuk litar untuk automatik generator, menjadikannya beroperasi secara automatik

- membuat / melukis kembali pelan berdasarkan apa yang ada bagi pelan bangunan astaka shopping centre dan astaka Mall

- membuat lampu automatik untuk bilik MSB-A (bilik kawalan utama masukan dari TNB).

- menarik dan memasang bekalan elektrik 3 fasa untuk tenant - kedai cermin mata (ASM - GF)

- Menarik bekalan elelktrik dari meter 3 fasa untuk bekalan ke mesin roboqbo70. Untuk bekalan 100A. Termasuk membuat piping untuk kegunaan mesin tersebut.

- Memantau penukaran ACB dari 800A kepada 125A di Astaka Shopping Center 

- Memantau pemasangan sistem pencegahan kebakaran termasuk rumah pam, sprinkler, Hose reel, CO2 system dan pelbagai perkara melibatkan pencegahan kebakaran.

- Menghadiri kursus perlaksanaan sijil bomba di johor baru dan Muar.

- Memantau kerja-kerja TNB misalnya penukaran kabel dan penukaran minyak tranformer.

- mengikuti latihan bomba untuk mendapatkan keperluan sijil bomba

- Membuat pendawaian 3 fasa untuk pelbagai kegunaan, seperti pemasangan freezer, chiller yang menggunakan sistem 3 fasa

- membuat pendawaian dan lighting untuk kawasan  foyer untuk kegunaan musim perayaan.

- Pemasangan tangki air utama untuk kegunaan ASC yang terdiri dari 5 biji tangki stainless steel yang berkapasiti 2000l setiap satu. Pemasangan termasuk piping dan kawalan kemasukan air secara automatik berkuasakan elektrik.

- Pemasangan tangki atas bumbung berkapasiti 300gal sebanyak 3 biji lengkap dengan paip dan pendawaian kebilik kawalan pam

- Pemasangan 2 unit pam yang mempunyai kawalan automatik untuk tangki kegunaan penyewa.

- Membaiki dan mengubahsuai pondok parking termasuk pendawaian dan mesin kegunaan parking

- Mencipta dan memasang prangkap Monyet untuk mengurangkan kehadiran monyet ke astaka.

- Menulis blog handbook astaka untuk rujukan akan datang. 

AKHIR KATA, ini adalah sebajagian dari projek yang dujalankan.  Semoga penulisan ini akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan, terutama melibatkan kerjaya di bahagian Maintenance.





----->> kembali ke laman utama 

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

air con bermaslah

 date : 10/12/2025 Temperature reading  Date 10/12/2025 Wednesday  Air con problem  A03 - auromatic OFF A06 - OFF A10 - BLINK 2X B03 - BEARI...