Saturday, July 26, 2025

ASC FIRE FIGHTING FIRE ALARM PANEL

Fire alarm.panel adalah ibu kepada kesemua peralatan pencegahan kebakaran yang dipasang dalam premise. Kesemua peralatan disambung secara isyarat elektrik bervoltage tendah (24VDC) kepadanya dengan tujuan memudahkan pemantauan sistem pencegahan kebakaran.  Ini termasuklah 
- status semasa rumah pam 
- loceng kebakaran
- kawalan lift 
- peta kedudukan tempat bermasalah
- status kawalan pembuang angin (exhaust fan)
- Sambungan terus ke syarikat Iscada.NET yang memantau sistem SPKA ini.

Gambar :  Fire Alarm Panel


Kesemua peralatan pencegahan kebakaran ini sentiasa diperiksa secara berkala oleh kontraktor dilantik (dalam kes Astaka, pemeriksaan adalah setiap 3 bulan atau 4 tahun sekali).  Sticker pemeriksaan akan dilekatkan setiap kali selepas pemeriksaan atau pengujian. Pemeriksaan ini turut melibatkan pengujian secara on line dengan pihak Bomba melalui sistem  *SPKA yang di selenggara oleh pihak Iscada.NET.


Nota :
*SPKA : SISTEM PENGAWASAN KEBAKARAN AUTOMATIK 

Cara tindakan adalah seperti carta aliran dibawah :-

Di FAP (Fire Alarm Panel) terdapat peta miming yang menunjukkan lokasi masalah yang berlaku


Disamping itu terdapat juga panel led yang menunjukkan tempat bermasalah yang akan menyala. 


Dengan kata lain, apabila berlaku masalah, miming diagram akan menyala menujukkan lokasi terlibat dan zon loceng akan turut menyala di zon tersebut.

Pada masa sama (60 saat selepas itu) isyarat akan dihantar ke Iscada.NET. Nombor telefon berdaftar akan dihubungi oleh pihak Iscada.NET untuk pengesahan status. Jika berlaku masalah maka pihak Bomba akan dihubungi. Begitu lah secara ringkasnya tindakan diambil. 

Diruangan atas, terdapat suis untuk kemudahan semasa penyelengharaan. Antaranya suis untuk mematikan alarms dan buzzer dan pelbagai fungsi lain.  

Disebalik papan kawalan, terdapat sambungan ke pelbagai tempat. Seperti sambungan kabel kuasa, sambungan dari rumah pam, lift dan lainnya yang berkaitan. 




Biasanya semasa pengujian, antara yang ditanggalkan sementara adalah point/sambungan ke sistem SPKA, Sistem Lift dan sitem lain yang tidak terlibat dalam pengujian.

Kontraktor dilantik untuk penyelengaraan 

MFE SERVICES SDN BHD
No 2339, 
Jalan Raja,
Mukim Sungai Raya,
84800 Muar,
Johor
Tel : 06-985 6988 / 9858709 Fax : 06-985 5880
Email : mfesb@gmail.com

SPKA penyelenggaraan
ISCADA.NET SDN BHD
TEL : +603-67302400 +603-6032428
EMAIL : customercare@isnet.my








No comments:

Post a Comment

Search This Blog

air con bermaslah

 date : 10/12/2025 Temperature reading  Date 10/12/2025 Wednesday  Air con problem  A03 - auromatic OFF A06 - OFF A10 - BLINK 2X B03 - BEARI...